Malumu berharga

Malumu berharga

Followers

Wanita solehah itu perhiasan dunia

Wanita solehah itu perhiasan dunia

hijab

hijab

Munajat..

Munajat..

Suburkan iman dengan Zikrullah..

Suburkan iman dengan Zikrullah..
Monday, December 28, 2009

Al-Mukadimah


Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, akhirnya berjaya juga aku siapkan blog yang tak seberapa nie.. Niat di hati, dah lama teringin untuk punya blog sendiri tapi apakan daya, dek kesuntukan masa menguruskan urusan2 lain, niat d hati tertunda dari semasa ke semasa.

Cuti sekolah hanya tinggal seminggu, pada masa yang sama, tahun 2009 bakal menemui penghujung episod dan tahun baru iaitu tahun 2010 pula akan menyusul, membuka tirai yang baru.

Untuk memulakan sesi persekolahan pada tahun 2010 ini, aku berasa lebih gementar berbanding tahun2 sebelumnya. Ini kerana pada tahun hadapan, aku bakal menjejakkan kaki ke sekolah sebagai pelajar tahun akhir sekolah menengah iaitu tingkatan 5, bermakna aku akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) yang juga dikatakan penentu masa hadapanku..

Jadi, aku perlu berusaha berlipat kali ganda agar tidak menyesal d kemudian hari. Aku juga perlu sentiasa menyibukkan diri dengan buku2 dan kerja2 lain asalkan tidak membuang masa, selain mempertingkat ibadahku kepada Yang Maha Esa.


Namun begitu, tidak salah rasanya jika aku mencuri sedikit masa, menulis d blog ku ini yang seiring dengan namanya, suara hati. Semoga ianya memberi perangsang kepadaku untuk meneruskan hari2 yang mendatang.

Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah dan yang negatif itu dari saya sendiri.