Malumu berharga

Malumu berharga

Followers

Wanita solehah itu perhiasan dunia

Wanita solehah itu perhiasan dunia

hijab

hijab

Munajat..

Munajat..

Suburkan iman dengan Zikrullah..

Suburkan iman dengan Zikrullah..
Sunday, December 25, 2011

TIPS PERKAHWINAN DARI USTAZ AZHAR IDRUS




1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

Wednesday, June 8, 2011

Kitalah Bidadari Itu

Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk 1000 lelaki yang jahat.

Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

Wanita yang memberi minum susunya kepada anaknya akan mendapat satu pahala daripada tiap-tiap titis susu yang diberikannya.

Wanita yang melayan dengan baik suami yang baru pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

Wanita yang menghabiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

Wanita yang menyebabkan suaminya berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70 000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang hebat.

Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

Wanita yang menguli tepung gandum dengan “bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya.

Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah.

Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suaminya, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat 12 tahun solat.

Jika wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh dua tahun, maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

Jika wanita memicit suaminya tanpa disuruh akan mendapat pahala dengan timbangan emas dan jika wanita memicit suaminya apabila disuruh akan mendapat timbangan perak.

Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

Sumber : Majalah Muslimah.


Thursday, March 3, 2011

Tohmahan vs Keistimewaan Terhadap Wanita Dalam Islam

sumber : ILUVISLAM

1. AURAT

Tohmahan

Wanita auratnya lebih susah dijaga (lebih banyak) berbanding lelaki.

Keistimewaan

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar terserak bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita dalam Islam.

2. KETAATAN

Tohmahan

Leceh jadi wanita dalam Islam sebab hendak keluar kena dapatkan izin suami.

Keistimewaan

Wanita perlu taat pada suami tapi tahukah lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama daripada kepada ayahnya.

3. HARTA WARISAN

Tohmahan

Wanita menerima warisan lebih sedikit daripada lelaki.

Keistimewaan

Wanita menerima warisan lebih sedikit daripada lelaki tetapi tahukah anda harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya. Sementara apabila lelaki menerima warisan, ia perlu atau wajib menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anak.

4. KESUSAHAN MELAHIRKAN ANAK

Tohmahan

Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

Keistimewaan

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi tahukah bahawa setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk,m alaikat dan seluruh makhluk Allah di muka bumi ini,dan tahukah jika ia mati kerana melahirkan adalah syahid dan syurga menantinya.

5. KEWAJIPAN BERIBADAT

Tohmahan

Wanita kurang beribadat kerana adanya masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Keistimewaan

Seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah, sementara bagi wanita jika taat akan suaminya, serta menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka ia akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

Tuesday, March 1, 2011

Ciri- ciri Lelaki Idaman Rasulullah

1) Menyayangi isteri sepenuh hati.

Rasulullah s.a.w menyayangi Khadijah r.a dengan sepenuh hati kerana isterinya merupakan satu nikmat Allah terbesar yang dikurniakan kepada Rasulullah s.a.w.

2) Romantik

Saling memakaikan wangian- Aisyah berkata: “Sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w apabila meminyakkan badannya, Baginda akan memulai dengan auratnya, menggunakan nurah ( sejenis serbuk pewangi) dan isteri Baginda meminyakkan bahagian lain daripada tubuh Rasulullah s.a.w.” (riwayat Ibnu Majah)

3) Menghormati dan menjaga perasaan isteri.

Rasulullah s.a.w merupakan seorang suami yang sentiasa menghormati dan menjaga perasaan isterinya. Suatu ketika, ketika Rasulullah hendak melaksanakan solat malam, Baginda mendekati isterinya Aisyah. Aisyah berkata: “ Di tengah malam Baginda mendekatiku dan ketika kulit Baginda bersentuhan dengan kulitku, Baginda berbisik, “ Wahai Aisyah,izinkan aku untuk beribadah kepada Tuhanku.”

4) Tidak berkasar dan berlemah lembut dengan isteri.

Berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Rasulullah s.a.w bahawa pada suatu hari salah seorang isteriNya datang dengan membawakan makanan untuk dikirimkan kepada Rasulullah yang sedang berada di rumah Aisyah. Tiba-tiba Aisyah dengan sengajanya menjatuhkan makanan itu sehingga piring tesebut pecah dan makanannya jatuh berderai. Melihat sikap Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w tidak berkasar dengan Aisyah sebaliknya dengan lemah lembutnya Baginda meminta Aisyah menggantikan makanan tersebut.